[VIDEO] Padah terlalu asyik main telefon, nyaris putus kepala tersepit pintu lif


  • Benua
  • Selasa, 11 Okt 2022

Tangkap layar seorang lelaki hampir tersepit pintu lif di Rusia.

BERPANTANG maut sebelum ajal. Begitulah gambaran keadaan seorang lelaki yang nyaris maut akibat tersepit pintu lif di Rusia baru-baru ini.

Kejadian yang dirakam oleh Kamera Litar Tertutup (CCTV) itu menunjukkan seorang lelaki keluar daripada dalam lif sebelum didatangi oleh mangsa.

Lelaki terbabit dilihat sedang asyik memerhatikan telefon bimbitnya sebelum cuba untuk masuk ke dalam lif berkenaan.

Bagaimanapun lif tersebut secara tiba-tiba bergerak ke atas tanpa sempat menutup pintu sepenuhnya. Insiden itu menyebabkan mangsa tersadung dan terjatuh terduduk dan tidak berjaya masuk ke dalam lif.

Rakaman video menunjukkan seorang lelaki berdepan detik cemas apabila lif tiba-tiba naik tanpa sempat menutup pintu.

Menerusi rakaman itu juga dilihat kaki mangsa nyaris tersepit selain dikhuatiri mengakibatkan nyawanya ‘melayang’.

Insiden yang dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Krasnodor, Rusia itu turut mengundang perhatian masyarakat.

Rata-rata mereka menasihatkan agar pengguna jangan terlalu leka sebelum memasuki lif dan peka dengan keadaan sekeliling. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram