Dicap bodoh, lelaki acah-acah 'cool' belai anak singa nyaris putus tangan diterkam


  • Benua
  • Selasa, 11 Okt 2022

Lelaki tersebut membelai seekor anak singa di bonet sebuah kereta sebelum diterkam. — Agensi

TINDAKAN seorang lelaki yang cuba membelai dua anak singa nyaris mengundangkan padah apabila haiwan tersebut bertindak agresif.

Kejadian yang dipercayai berlaku di India itu tular menerusi melalui akaun Instagram milik @basit_ayan_3748.

Berdasarkan semakan, video tersebut dimuat naik pada 23 September lalu dan tular semula baru-baru ini.

Kejadian itu menunjukkan lelaki berkenaan membelai seekor daripada anak singa tersebut di bonet sebuah kereta.

Namun anak singa itu secara tiba-tiba bertindak agresif, menyebabkan lelaki itu terpaksa berundur bagi mengelakkan tangannya diterkam.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada anak singa itu merupakan haiwan peliharaan lelaki berkenaan atau sebaliknya.

Rata-rata netizen yang menonton video itu menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai bodoh kerana cuba menjinakkan anak singa tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Anak Singa, India, Anak Singa Agresif