
SEKUMPULAN perompak wanita yang berpakaian pelik tular di media sosial kerana membuat kekecohan di dalam kereta api dan melakukan rompakan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi di New York, Amerika Syarikat pada Ahad menunjukkan enam wanita berpakaian hijau neon dilihat menumbuk muka seorang penumpang berulang kali.
Difahamkan, kumpulan perompak itu menyerang dua gadis berusia 19 tahun dan mencuri telefon bimbit, kad kredit, dompet dan beberapa barangan lain.
Seorang daripada ibu mangsa menggelarkan kumpulan itu sebagai Geng Green Goblin dan menyifatkan kesemua suspek ibarat binatang yang kejam.
"Anak beritahu yang dia diserang oleh makhluk asing dan dia tidak tahu apa yang mereka bualkan.
"Dia (anak) baru selesai menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 19 dan tanpa disangka, berdepan ujian begitu. Saya harap mereka (perompak) menerima balasan yang setimpal," katanya.
Dalam pada itu, ibunya turut memaklumkan yang anaknya kini sedang mendapatkan rawatan selepas dipukul sekumpulan perompak wanita itu.
"Anak saya mengalami kesukaran untuk bernafas. Malah, dalam satu video tular itu juga memaparkan yang dia telah ditendang oleh seorang daripada perompak," katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan yang satu siasatan sedang dijalankan dan usaha memburu kesemua suspek juga sedang dilakukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram