[VIDEO] Orang tua mati terkejut semasa menari sakan atas pentas


  • Benua
  • Selasa, 04 Okt 2022

Tangkap layar seorang warga emas jatuh dari atas pentas dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

KATA orang malang tidak berbau. Begitulah yang boleh digambarkan keadaan seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia akibat mengalami serangan jantung ketika sedang menyambut perayaan Dewa Hanuman baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di sebuah kampung di Salempur, Fatehpur, Utar Pradesh, India itu mengejutkan penduduk setempat kerana tragedi tersebut berlaku di depan mata.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik ke internet, Ram Swaroop Anusuiya, 50, dilihat sedang asyik menari di atas sebuah pentas kecil sambil mengenakan kostum Dewa Hanuman.

Pada masa sama, kostum yang menyerupai seekor monyet itu turut dinyala api pada hujung ekor.

Rakaman video Ram Swaroop rebah dan tidak sedarkan diri.

Insiden itu tidak hanya meninggalkan kesan dalam kalangan kenalan mendiang, tetapi turut memberikan tamparan buat isteri dan anak perempuannya berusia dua tahun yang trauma dengan insiden itu.

Menurut jurucakap polis India, Praveen Kumar, sebaik sahaja kejadian itu berlaku pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Difahamkan dia sedang asyik menari sambil berpusing-pusing sebanyak beberapa kali di atas pentas. Kemudian secara tiba-tiba dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Melihat kejadian itu, beberapa individu membawannya terus ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram