TULAR satu kejadian dua pekerja menyelamatkan nyawa seorang pemuda dalam satu percubaan menembak dirinya sendiri di sebuah kelab menembak.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Lanna Sports Centre 33rd Royal Thai Army Military, Chiang Mai, Thailand.
Dalam kejadian yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan menunjukkan lelaki berkenaan pada mulanya dilihat sedang berada di petak khas untuk menembak.
Dia kemudiannya secara tiba-tiba mengacukan senapang itu ke arah kepalanya sendiri. Namun begitu, salah seorang tenaga pengajar menembak yang berada di tempat kejadian menyedari tindakanya itu dan terus menolak pistol berkenaan.
Sejurus selepas itu, pelatih berkenaan menolak mangsa jatuh ke tanah dan merampas pistol tersebut daripada tangan lelaki itu.
Dia turut dibantu seorang lagi tenaga pengajar yang berada di tempat kejadian.
Pemilis premis, Kan Jormplang berkongsi rakaman video tersebut di halaman Facebooknya berkata, kejadian itu berlaku di pusat latihan menembak miliknya.
"Pada hari kejadian, seorang pemuda datang berpura-pura untuk berlatih menembak dan tindakannya untuk membunuh diri berjaya dihalang oleh pelatih dan kakitangan yang berada di sana," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram