Berarak bawa pedang samurai, aksi kumpulan remaja cetus tanda tanya


  • Benua
  • Isnin, 03 Okt 2022

Sekumpulan remaja itu didakwa berasal dari daerah Parung dan akan bergerak ke wilayah Depok, Pamulang dan Ciputat.

SATU video memaparkan sekumpulan gengster membawa senjata tajam tular di media sosial baru-baru ini.

Melalui video tersebut, kelihatan beberapa orang remaja lelaki membawa senjata seperti sabit, golok dan samurai di tengah jalan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di wilayah Kota Tangerang Selatan, Banten, Indonesia.

Sekumpulan remaja itu pula didakwa berasal dari daerah Parung dan akan bergerak ke wilayah Depok, Pamulang dan Ciputat.

Menurut pemilik video berkenaan, perbuatan sekumpulan tersebut mengundang perasaan tidak senang dalam kalangan dalam kalangan orang ramai yang juga risau akan kehadiran kelompok remaja tersebut.

Mereka juga dipercayai akan melakukan serangan ke atas kumpulan lain yang berada di daerah berkenaan.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Tangerang Selatan, Sarly Sollu berkata, kejadian itu berlaku pada Rabu kira-kira pukul 12.45 pagi.

"Namun begitu, pihak kami belum menerima sebarang laporan samseng membawa senjata tajam memasuki kawasan Tangerang Selatan.

"Masih dalam siasatan polis," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram