[VIDEO] Kena hempuk dengan helmet, 2 lelaki bertumbuk tengah jalan


  • Benua
  • Selasa, 27 Sep 2022

Pergaduhan antara dua penunggang motosikal itu berjaya dileraikan petugas lalu-lintas yang berada di lokasi kejadian.

SATU video tular di media sosial memaparkan aksi dua lelaki bergaduh di persimpangan lampu isyarat sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Pejaten Village, Pasar Minggu, Jakarta Selatan, Indonesia.

Dalam rakaman video itu menunjukkan kedua- dua penunggang motosikal berkenaan turun dari kenderaan masing-masing dan terus menyerang antara satu sama lain.

Salah seorang lelaki berjaket merah itu kemudiannya dilihat cuba menyerang dan memukul individu berbaju hitam menggunakan topi kaledar.

Kedua-duanya dilihat saling melepaskan tumbukan kepada satu sama lain sebelum dileraikan petugas yang mengawal lalu-lintas di lokasi kejadian.

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan punca sebenar kejadian pergaduhan itu berlaku.

Pihak berkuasa juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada individu yang terlibat dalam pergaduhan itu sudah ditahan atau tidak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram