SEORANG remaja cedera parah dikejarkan ke hospital oleh paramedik selepas terlibat dalam pergaduhan.
Kejadian yang berlaku di Sekolah Tinggi Queen Elizabeth, Edmonton, Kanada baru-baru ini dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek sesama pelajar terbabit.
Menurut jurucakap Polis Edmonton, Scott Pattison, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan) melibatkan pergaduhan sekumpulan pelajar.
"Apabila polis tiba, kira-kira 60 pelajar sudah berkumpul di kawasan luar sekolah.
"Seorang remaja dikejarkan ke hospital oleh pihak perubatan dan pemeriksaan kesihatan lanjut akan dilakukan," katanya.
Sekumpulan pelajar terlibat dalam pergaduhan di luar kawasan sekolah.
Insiden tersebut dirakam dan videonya dimuat naik ke media sosial Twitter.
Dalam pada itu, wakil sekolah, Megan Normandeau berkata, seorang pelajar berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Pertengkaran berlaku pada waktu makan tengah hari kerana kerana ramai pelajar berkumpul di luar.
"Tindakan sebegini tidak boleh diterima dan bertentangan dengan norma sebagai pelajar sekolah," ujar Normandeau.
— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram