Penyokong TFC damba 'kekasih lama' kembali jika Faisal Halim sah 'angkat kaki'


  • Podium
  • Khamis, 25 Ogos 2022

Penyokong TFC mahu Faisal Halim kekal bersama skuad Sang Penyu pada musim depan. — Facebook

KEBIMBANGAN seolah-olah membelenggu skuad Terengganu FC (TFC) jika pemain tonggak mereka, Faisal Halim benar-benar angkat kaki seperti khabar angin yang bertebaran ketika ini.

Faisal Halim sebelum ini berkongsi dalam laman sosial akan membuat keputusan sama ada akan kekal di Terengganu atau sebaliknya berdasarkan tawaran diterima serta jurulatih yang bakal mengendalikan pasukan itu.

Sebagai langkah persediaan, sekiranya pemain kelahiran Pulau Pinang itu sah ke kelab lain musim depan, ada penyokong skuad Penyu mula berkira-kira agar kelab menagih semula khidmat Issey Morgan Nakajima-Farran.

Pemain kelahiran Calgary, Kanada itu pernah bermain dengan TFC untuk beberapa musim apabila menyertai kelab itu pada April 2015 sebelum meninggalkan Sang Penyu pada November 2017.

300858749_177257454783424_1842316871798361482_n

Issey memiliki pasport Jepun. — Facebook

Ketika itu, Issey didaftarkan sebagai pemain import Asia ketika bersama TFC menerusi pasport Jepun yang dimilikinya.

Dia juga pernah menyertai Sri Pahang FC pada Mei 2018 sebelum meninggalkan pasukan itu pada Mac 2019.

"Tahun depan adjust yang ni pula...padu dia (Issey) ni jangan kecam," tulis Shahrul Faizal Shahrul di laman penyokong Terengganu FC.

"Dia ni main rajin juga tapi usia saja la tua sikit rasanya. Tapi bagi ambe (saya), bereh belake (okey) sebab untuk TFC kita gok gane gane pun (walau macam manapun)," balas Faris Nasrin di ruangan komen.

Dengan pengalaman bermain di Liga Malaysia, ramai penyokong berpendapat ia bakal memberi kelebihan kepada Issey, namun tidak dinafikan faktor usia mungkin menjadi penghalang buat pemain tersebut.

Berdasarkan data transfermarkt.com, Issey yang berusia 38 tahun kini bermain dengan kelab yang berpangkalan di Kanada, CCB LFC United.

1706931

Fazli Ghazali yang kini bermain untuk skuad TFC II semakin disukai penyokong. — Facebook

"Expired dah, tapi tak dinafikan antara import Terengganu yang berjaya," ujar Azharul Azwan.

"Nak cari pemain import biarlah berkualiti dengan kadar bayaran gaji yang diminta, ni duk asyik ambil yang orang dah tak nak saja. Pastu pemain import umur tua pula," kata Langs Langs pula.

Sebelum ini, ada penyokong skuad Penyu menggesa agar pihak pengurusan menaikkan pangkat pemain TFC II, Wan Fazli Wan Ghazali ke skuad utama musim depan.

Fazli Ghazali yang kini bermain untuk skuad TFC II semakin disukai penyokong terutamanya selepas aksi cemerlangnya menyumbangkan gol buat pasukan itu sewaktu aksi menentang Kelantan FC dalam saingan Liga Perdana pada Ahad.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi penjaring tunggal TFC II dan sekali gus berjaya membantu pasukannya untuk menyamakan kedudukan sehingga keputusan akhir mencatat seri 2-2 sewaktu menentang Kelantan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram