Terperangkap banjir, bomba selamatkan 14 kanak-kanak dan 5 guru tadika


  • 112
  • Ahad, 25 Sep 2022

Kanak-kanak terperangkap akibat banjir yang berlaku di tadika mereka di Larkin diselamatkan anggota bomba pada Ahad. —  Sinar Harian

BOMBA menyelamatkan seramai 14 kanak-kanak dan lima guru selepas mereka terperangkap di dalam banjir di bangunan tadika di Kampung Mohd Amin, Larkin, Johor pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Nazarudin Yusof berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

"Seramai 14 kanak-kanak dan lima guru yang berada di tadika itu dilaporkan terperangkap dalam banjir. Anggota bomba bertindak memindahkan kesemua mereka ke tempat yang selamat," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Sementara itu di Iskandar Puteri, Johor, bomba bertindak menyelamatkan empat mangsa termasuk bayi yang terperangkap di kediaman mereka susulan banjir berlaku.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan Mohd Khairi Zainudddin berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.42 pagi, seramai 11 anggota ke lokasi kejadian.

"Banjir berlaku di Kampung Baru Muafakat Gelang Patah menjejaskan kawasan kediaman penduduk di kawasan tersebut.

"Anggota bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa yang terperangkap terdiri," katanya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram