[VIDEO] Lelaki disyaki pengganas serang sekolah, 13 maut termasuk 7 kanak-kanak


  • Benua
  • Isnin, 26 Sep 2022

Pihak berkuasa berusaha untuk menyelamatkan pelajar dan kakitangan sekolah.

SEORANG lelaki menembak mati 13 individu termasuk tujuh kanak-kanak dan mencederakan 21 mangsa di sebuah sekolah di Izhevsk, Rusia baru-baru ini.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia, seorang lelaki lingkungan umur 30-an bernama Artem Kazantsev disyaki bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

"Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti identiti penyerang sama ada terlibat dengan aktiviti pengganas atau ideologi Nazi," jelas wakil.

Sementara itu, jurucakap Presiden Vladimir Putin, Kremlin Dmitry berkata, kejadian itu disifatkan sebagai perbuatan pengganas.

"Tindakan ini seolah-olah pengganas yang kelihatan seperti tergolong dalam sesebuah organisasi atau kumpulan tertentu," ujarnya.

Rakaman pihak berkuasa berusaha menyelamatkan mangsa.

Terdapat video rakaman yang menunjukkan keadaan panik di dalam bangunan sekolah apabila guru-guru berusaha memindahkan pelajar ke tempat selamat.

Rakaman tersebut dipercayai dirakam oleh pihak berkuasa ketika cuba menyelamatkan pelajar dan kakitangan sekolah.

Penduduk setempat mengambil keputusan untuk berkabung sehingga Khamis sebagai tanda penghormatan kepada mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram