![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2022/09/26/1752600.jpeg)
SEORANG penunggang basikal berdepan dengan detik cemas setelah dia diterkam seekor harimau bintang di sebuah lebuh raya.
Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tersebut.
Rakaman itu memaparkan seorang lelaki yang sedang mengayuh basikal sebelum berdepan detik cemas diterkam binatang yang muncul dari arah hutan.
Pegawai Perhutanan India, Susanta Nanda berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di lebuh raya berhampiran Taman Negara Kaziranga, Assam India.
Haiwan buas itu kemudiannya dilihat berlari ke dalam hutan. Penunggang basikal itu dan beberapa kereta lain yang melalui laluan tersebut turut memberhentikan kenderaan seketika kerana terkejut menyaksikan serangan itu.
Mangsa yang diterkam turut berasa sakit di pinggang dipercayai terkena gigitan haiwan itu. Lelaki itu terus bergegas meningggalkan tempat kejadian.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram