[VIDEO] Tak dibenarkan kencing tandas ‘1st class’, penumpang ‘hadiahkan’ pramugara buku lima


  • Benua
  • Jumaat, 23 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan lelaki memakai kemeja-T menumbuk seorang pramugara gara-gara tidak dibenarkan menggunakan tandas kelas pertama pesawat terbabit.

SEORANG lelaki bertindak agresif apabila menumbuk pramugara hanya kerana tidak dibenarkan untuk menggunakan tandas kelas pertama dalam satu penerbangan dari Cabo San Lucas, Mexico ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Insiden yang mencemaskan itu dirakam dan dimuat naik ke Twitter oleh seorang individu yang dikenali sebagai Barrie Livingstone.

Video tersebut menunjukkan lelaki memakai kemeja-T berwarna jingga itu 'naik hantu' dan menyerang pramugara yang menghalangnya sebelum menumbuk muka dan belakang kepala anak kapal itu.

Rakaman video menunjukkan penumpang menyerang seorang pramugara disebabkan tidak dibenarkan menggunakan tandas kelas pertama.

Difahamkan, penumpang kelas ekonomi itu bersungguh-sungguh untuk mengguna kemudahan kelas pertama biarpun sudah dihalang beberapa kali.

Lelaki itu kemudian difahamkan ditahan oleh pihak berkuasa sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram