"TIDAK boleh mendarat dan terpaksa berlegar-legar di udara dalam keadaan bergemuruh dan bergoncang."
Itu pengalaman yang dianggap tragis buat Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir yang menaiki pesawat MH1165 dari Pulau Pinang pada Selasa malam.
Menurut Ruhaidini, penerbangan dari Pulau Pinang itu sepatutnya melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Namun, pendaratan gagal dilakukan ekoran cuaca buruk. Akhirnya, pesawat terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang, selepas lama berlegar-legar di udara dalam keadaan bergemuruh dan bergoncang.
"Ini pengalaman tragis pertama bagi saya, apatah lagi apabila melihat ramai penumpang yang muntah akibat air pocket," katanya menerusi Facebook.
Menurut Ruhaidini, selepas hampir empat jam berlegar di udara, barulah pesawat yang dinaiki selamat mendarat semula di KLIA.
Belum ada kenyataan rasmi dari Malaysia Airlines (MAS) berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram