[VIDEO] Protes wanita mati dipukul sebab tak pakai tudung dengan betul


  • Benua
  • Khamis, 22 Sep 2022

Sekumpulan wanita melakukan tunjuk perasaan sebagai tanda bantahan kepada pemakaian tudung di Tehran, Iran.

SEKUMPULAN wanita mengadakan tunjuk perasaan di tengah jalan di Tehran, Iran baru-baru ini sebagai tanda bantahan pemakaian tudung.

Protes yang diketuai oleh seorang wanita dikenali sebagai Nasibe Samsaei turut dilihat memotong rambutnya dengan menggunakan gunting dalam tunjuk perasaan itu.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku disebabkan rasa tidak puas hati golongan wanita terhadap kematian Mahasa Amini berusia 22 tahun yang meninggal dunia kerana dipukul polis gara-gara tidak memakai tudung dengan betul.

Rakaman video menunjukkan beberapa orang wanita mencampakkan tudung ke dalam unggun api sebagai tanda bantahan di Iran.

Saksi mendakwa, mangsa dipukul di dalam van polis yang membawanya ke pusat tahanan.

Aksi tunjuk perasaan itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial Twitter menunjukkan beberapa wanita mencampakkan tudung ke dalam unggun api.

Wanita itu juga bersorak sambil melaungkan slogan anti kerajaan dan menyifatkan pemakaian tudung sebagai pilihan dan bukan kewajipan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram