Dilantik atau tidak, saya terima keputusan kerajaan - Tajuddin


  • Primer
  • Jumaat, 15 Jul 2022

Tajudin berkata, terdapat banyak lagi tanggungjawab yang boleh dilaksanakan jika dia tidak dilantik sebagai perwakilan Malaysia di Indonesia.

DATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman bersedia menerima apa sahaja keputusan kerajaan mengenai pelantikannya sebagai Duta Malaysia ke Indonesia.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, sama ada beliau dilantik atau tidak, terpulang kepada kerajaan dan beliau akan menerimanya.

“Saya sedia menerima sebarang keputusan kerajaan, dilantik atau tidak.

“Jika dilantik, saya akan memberikan khidmat terbaik untuk memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tidak dilantik, terdapat banyak lagi tanggungjawab yang boleh dilaksanakan seperti pengerusi backbencher dan kawasan parlimennya sendiri.

Tajuddin, yang merupakan bekas pengerusi bukan eksekutif Prasarana berkata, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan sama ada dilantik sebagai perwakilan Malaysia di Indonesia atau namanya berada dalam senarai itu.

Pada Selasa (13 Julai), Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia baharu di Istana Negara.

Ketua-ketua misi yang baru dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Lim Jay Jin; Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Amran Mohamed Zin.

Tajuddin tidak disebut dalam laporan itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram