[VIDEO] Malang berganda, remaja 15 tahun kena rompak dan rogol terpaksa jalan kaki bogel pulang ke rumah


  • Benua
  • Khamis, 22 Sep 2022

Orang awam yang melihat keadaan mangsa tidak menghulurkan bantuan sebaliknya dilihat mengambil kesempatan merakam video gadis malang tersebut.

SEORANG gadis malang terpaksa berjalan sejauh dua kilometer ke rumahnya dalam keadaan telanjang setelah dirompak dan dirogol sekumpulan lelaki baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Uttar Pradesh, Moradabad, India.

Menurut bapa saudara kepada gadis tersebut, kejadian itu berlaku pada 15 September lalu.

"Anak buah saya pulang dalam keadaan berlumuran darah dan pihak kami sudah melaporkan kejadian tersebut pada pihak polis.

"Namun begitu, tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sehingga kami membuat aduan pada Pegawai Polis Daerah, Hemant Kutiyal," katanya.

Dalam perkembangan lain, Polis Modarabad, Sandeep Kumar Meena berkata, remaja yang berumur 15 tahun itu dirompak dan dirogol ketika menghadiri majlis keramaian di salah sebuah kampung berdekatan rumahnya.

"Gadis itu diculik lima orang lelaki dan dirogol secara bergilir-gilir di kawasan tersebut.

"Orang kampung mendengar jeritan mangsa dan bergegas ke tempat kejadian, namun kelima-lima suspek berjaya melarikan diri dengan membawa baju serta barang-barang mangsa.

"Kes itu sedang dalam proses siasatan polis dan pihak kami berjaya menangkap salah seorang suspek," katanya.

Lebih mengecewakan, orang awam yang melihat keadaan mangsa tidak menghulurkan bantuan sebaliknya mengambil kesempatan merakam video serta menyebarkan rakaman itu di media sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram