TULAR sebuah video sekumpulan pelajar sekolah menengah membuli seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU).
Kejadian buli itu dipercayai berlaku di di Susukan, Cirebon, Jawa Barat, Indonesia.
Dalam video tersebut menunjukkan remaja OKU tersebut ditendang beberapa kali oleh pelajar yang masih mengenakan pakaian seragam sekolah.
Turut kelihatan pembuli tersebut sambil memegang rokok menendang belakang mangsa walaupun remaja OKU yang merayu pembuli berhenti menendangnya.
Lebih menyakitkan hati, dia kemudiannya memijak belakang individu OKU itu dan turut kedengaran rakan-rakan suspek ketawa melihat tindakannya itu tanpa rasa bersalah.
Kelihatan mangsa mengerang kesakitan namun jeritannya itu tidak diendahkan pembuli yang dilihat hanya ketawa.
Video berdurasi 19 saat itu telah ditonton sebanyak 6,500 kali dan mengundang perasaan marah warganet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan sekumpulan pelajar sekolah itu tidak mempunyai empati dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram