[VIDEO] Padah berebut jantan, 2 wanita gaduh sampai tarik rambut di stesen kereta api


  • Benua
  • Khamis, 22 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan dua orang wanita saling menarik rambut satu sama lain akibat berebut cinta lelaki.

HUBUNGAN percintaan sememangnya indah sekiranya kedua belah pihak saling bersifat jujur dan percaya satu sama lain kerana kejujuran sememangnya sukar untuk dimiliki.

Namun, percintaan sesebuah hubungan boleh terlerai apabila ada pihak yang mengambil kesempatan untuk berlaku curang dan sebagainya.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi rakaman video yang menyaksikan dua orang wanita saling berbalah dan bertengkar di sebuah stesen kereta api di Indonesia berikutan masalah cinta.

Menimbulkan kekecohan dalam kalangan orang awam, kejadian itu difahamkan berpunca daripada perebutan lelaki yang sama oleh kedua-dua wanita tersebut.

Kejadian itu dipaparkan menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV di lokasi berhampiran dan hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Kedua-dua wanita tersebut dilihat saling bertengkar dan menarik rambut sehingga menyebabkan salah seorang daripadanya tersungkur di lantai.

Meskipun dihalang oleh beberapa orang lelaki, pergaduhan itu masih berterusan apabila masing-masing enggan mengalah dan lelaki berkenaan turut menjadi mangsa kerakusan dua wanita itu apabila bajunya ditarik.

Orang awam turut berhenti untuk menyaksikan kejadian terbabit namun tiada siapa pun yang berani untuk menghalang pergaduhan itu.

Namun difahamkan, kejadian itu akhirnya terhenti sebaik seorang lelaki bertindak tegas meleraikan pertelingkahan tersebut.

Menerima lebih 5,000 jumlah tontonan di Instagram, netizen turut meluahkan pendapat di ruangan komen.

“Ini mesti kes berebut kekasih lelaki yang sama, perempuan sekarang semakin ganas sanggup bergaduh demi cinta," kata youmeymey.

"Sungguh memalukan, perangai perempuan sepatutnya tidak seperti itu lebih-lebih lagi isu cinta," tambah alfa_ghazi.

"Saya yang lelaki tengok pun berasa sangat malu, kenapa perlu bergaduh hanya untuk seorang lelaki," jelas yudidzaenalarifin. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram