Sampai cabut tudung, murid perempuan lunyai kena buli depan sekolah


  • Benua
  • Selasa, 20 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan dua orang pelajar perempuan saling bertumbuk dan memukul satu sama lain berhampiran kawasan sekolah.

ISU buli dalam kalangan murid sekolah sememangnya satu perkara yang sukar untuk dibendung sejak berzaman lagi.

Tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya memiliki sifat baran yang sama ketika dalam pertelingkahan sehingga boleh mengakibatkan kecederaan dan luka kepada seseorang individu.

Situasi ini boleh digambarkan menerusi perkongsian di laman Instagram berhubung kes buli yang berlaku di depan sebuah sekolah rendah di Indonesia.

Berdasarkan rakaman yang tular, murid perempuan yang hanya dikenali dengan nama ATS, dibuli dan dipukul oleh rakan sekelasnya, dinamakan sebagai A.

Malangnya, tiada murid lain yang cuba menghentikan kejadian itu dan sekadar melihat sahaja.

Dalam video itu, mangsa tidak mampu melawan dan turut terkena pukulan di bahagian kepala.

Malah si pembuli turut menarik rambut mangsa sehingga terjatuh.

Mujur seorang pembawa beca yang kebetulan lalu bertindak pantas menghentikan kejadian tersebut.

Susulan kes itu, pihak keluarga murid yang dibuli itu bertindak melaporkan hal itu kepada Unit Perlindungan Wanita dan Anak (PPA) Satreskrim Polrestabes Medan, Indonesia.

Pihak berkuasa juga masih menjalankan siasatan kes itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram