Sayang suami tak kena tempat, wanita sanggup bertekak demi parkir


  • Benua
  • Rabu, 21 Sep 2022

Seorang wanita berkeras enggan berganjak daripada petak parkir kereta meskipun diminta untuk pergi.

TINDAKAN cop parkir kereta tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja kerana insiden sama turut terjadi di luar negara.

Perkara itu berlaku apabila seorang wanita tetap dengan pendiriannya yang enggan berganjak daripada petak parkir meskipun diminta untuk bereda oleh seorang pemandu.

Kejadian yang dirakam oleh seorang individu dari dalam sebuah kereta dipercayai berlaku di Britain.

Video tersebut menunjukkan wanita lingkungan usia 20-an itu meminta pemandu kereta yang ingin masuk ke pakir terbabit meninggal kawasan itu dengan segera.

“Saya sedang menunggu suami saya yang sedang dalam perjalanan. Kenapa masih berada di sini kerana kawasan ini mempunyai banyak lagi tempat letak kereta.

Rakaman video yang menunjukkan wanita terbabit tidak mahu bereda dan tetap berkeras untuk menunggu suaminya.

“Mengapa tidak pergi sahaja ke tempat lain. Saya tidak akan berganjak dan anda jangan cuba hendak menggerakkan kereta kerana akan melanggar saya nanti,” kata wanita itu.

Setelah beberapa minit bertikam lidah, pemandu tersebut bersama pasangannya perlahan-lahan berlalu pergi dan meninggalkan wanita berkenaan. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram