Ditegur kerana menganggur, lelaki berang bunuh isteri


  • Benua
  • Rabu, 21 Sep 2022

Lokasi suspek membunuh isterinya sebelum menyorok di dalam kolah air di rumahnya. — Agensi

SEORANG lelaki tergamak membunuh isterinya sebelum menyorok di dalam kolah mandi dalam kejadian di Desa Tanah Baya, Pemalang, Indonesia pada Rabu.

Difahamkan, kecederaan mangsa, Dwi Apriia Ningsih, 22, begitu teruk kerana ditemukan dalam keadaan usus perutnya terkeluar.

Malah, selepas melakukan pembunuhan, suspek cuba menyorok di dalam kolah air di rumahnya sebelum ditahan pihak berkuasa.

Maklumat awal mengatakan, punca kejadian disebabkan masalah kewangan kerana suspek tidak bekerja dan perlu menyara isteri dan dua anak.

Suspek yang berang selepas ditegur kerana tidak bekerja kemudiannya bertindak kejam membunuh mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Randudongkal, Iptu Trino mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan suspek sudah ditahan.

Tambahnya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram