SEKUMPULAN penunjuk perasaan menuntut agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan rakaman video puluhan pelajar sebuah universiti mandi di bilik air.
Kejadian berlaku di Universiti Chandigarh, Mohali, India itu dipercayai dilakukan oleh seorang pelajar wanita yang kemudian menghantar rakaman terbabit kepada seorang lelaki.
Menurut polis, rakaman melibatkan sekitar 60 remaja itu seterusnya dimuat naik ke laman web lucah dan dikatakan menjadi punca beberapa pelajar melakukan cubaan bunuh diri.
“Terdapat juga pelajar yang pengsan semasa protes dan terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan dengan menaiki ambulans,” jelas wakil polis.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Punjab, Gurmeet Singh Meet Hayer meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku dan mengarahkan agar polis segera melakukan tangkapan.
Rakaman video pelajar mengadakan tunjuk perasaan.
“Sedih apabila mengetahui insiden malang yang berlaku. Disebabkan perkara ini sangat sensitif. Kerajaan memberi jaminan keadilan kepada pelajar dan sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas dalam kes ini. Ini melibatkan maruah anak perempuan kita, adik beradik dan keluarga. Harap semua bertenang,” jelasnya menerusi perkongsian di Twitter.
Pelajar perempuan yang terlibat merakam terbabit dihukum di bawah Seksyen 354C Kanun Keseksaan India dan Akta IT. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram