Lelaki buat 'kerja gila' tunggang kuda beli nuget, mujur kereta tak kena tendang


  • Benua
  • Rabu, 14 Sep 2022

Seorang lelaki menunggang kuda bernama Apple ketika membeli nuget di kedai makanan segera di London, Britain. — Agensi

SEORANG lelaki menunggang kuda ketika membuat pesanan di pandu lalu McDonald's.

Insiden itu dirakam dan dimuat naik ke akaun TikTok milik @theblessedequestrian dan berjaya meraih hampir 2 juta tontonan.

Lelaki yang dikenali sebagai Williams itu juga mengakui tidak pernah melakukan 'kerja gila' sebegitu sebelum ini.

Rakaman menunjukkan Apple melalui kawasan pandu lalu kedai makanan segera.

"Saya bernasib baik kerana tidak perlu beratur dan pembelian dapat dibuat dengan cepat serta mudah.

"Biarpun kelihatan tenang, tetapi saya berasa bimbang sekiranya kuda ini mengamuk dan menendang kenderaan lain," katanya.

Williams menunggang kuda yang diberi nama Apple itu membeli 100 biji nuget ayam di McDonald's London, Britain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram