Pensyarah wanita 'naik hantu' tampar pengawal keselamatan


  • Benua
  • Ahad, 11 Sep 2022

Tangkap layar memaparkan seorang wanita menampar pengawal keselamatan lelaki. — Agensi

POLIS menahan seorang pensyarah wanita setelah satu rakaman video memaparkan dirinya menampar pengawal keselamatan lelaki menjadi tular sejak Sabtu.

Wanita itu dilihat memasuki kawasan pondok keselamatan Kondominium Cleo County, Kotwali, India dan secara tiba-tiba menampar salah seorang pengawal keselamatan di kawan tersebut.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan.

Melalui video tersebut kelihatan wanita itu terus memaki dan menampar pengawal keselamatan tersebut beberapa kali.

Selepas video itu tular di media sosial, polis menahan pensyarah yang dikenali sebagai Sutapa Das.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar insiden itu berlaku dan menurut polis, pengawal itu tidak mahu mengambil tindakan terhadap wanita itu.

Rata -rata warganet yang melihat video tersebut berang dengan tindakan pensyarah terbabit kerana mengambil kesempatan ke atas kastanya yang lagi tinggi.

Difahamkan, insiden tersebut sering kali terjadi di daerah Noida Uttar Pradesh. Pada Ogos lalu, seorang lagi wanita dirakam mendera dan memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram