Misteri tali jambatan gantung terputus tanpa sebab, berpuluh pelajar parah terhumban ke sungai


  • Benua
  • Sabtu, 10 Sep 2022

Polis kini sedang mengenal pasti punca jambatan yang dibina pada 2002 itu boleh runtuh.  — Agensi

SEBUAH jambatan gantung sepanjang 50 meter di Dusun Krajan, Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia runtuh ketika dilalui 25 pelajar sekolah pada Jumaat.

Insiden itu menyebabkan sebahagian pelajar terlibat itu terpaksa dibawa ke klinik kerajaan berdekatan manakala sebahagian pelajar yang lebih parah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Rentetan kejadian itu, pihak polis tempatan menjalankan siasatan di tempat kejadian bagi mengetahui punca sebenar tali jambatan gantung itu terputus yang mengakibatkan kecederaan puluhan pelajar itu.

Penolong Pesuruhjaya Polis, Kompol Sujianto berkata, masyarakat tempatan memaklumkan bahawa jambatan itu memang sudah usang, namun tidak dapat dikenal pasti adakah bahan pembuatannya menjadi punca ia tidak tahan bebanan tersebut.

"Warga setempat memberitahu kami bahawa jambatan itu dibina pada 2002 dan dianggap sudah usang. Bukan bidang saya untuk menentukan sama ada bahan pembuatan sesuai atau tidak untuk dijadikan jambatan.

"Oleh itu, saya akan serahkan perkara ini kepada pihak bertanggungjawab berkaitan untuk membuat siasatan lanjut," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram