Gara-gara tewas, penyokong 'koyak' gaduh sampai cabut, baling kerusi stadium


  • Benua
  • Khamis, 08 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan pergaduhan berlaku antara penyokong pasukan Afghanistan dan Pakistan pada perlawanan kriket Piala Asia 2022.

PERLAWANAN kriket antara pasukan Afghanistan dan Pakistan pada aksi Piala Asia 2022 di Stadium Sharjah Dubai bertukar ganas apabila penyokong pasukan tuan rumah membuat rusuhan selepas pasukan mereka tewas dalam pertandingan itu.

Tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan, penyokong Afghanistan bertindak ganas dengan merosakkan fasiliti di stadium berkenaan selain memukul penyokong pasukan lawan.

Rakaman itu tular di laman Twitter dan hangat diperkatakan netizen.

Kejadian itu dilaporkan berpunca daripada penyokong Afghanistan yang gagal mengawal emosi berikutan kekalahan pasukan tersebut hingga mereka menimbulkan kekecohan sejurus tamat perlawanan.

Mereka bukan sahaja dilihat mencabut dan membaling kerusi di stadium itu malah turut melemparkan kata-kata cacian kepada penyokong pasukan pelawat.

Keadaan bertambah buruk selepas mereka saling berbalas kata-kata kesat dan mula merempuh satu sama apabila ada pihak yang bertindak ganas.

Menjengah ke ruangan komen, bekas pemain Pakistan, Shoaib Akhtar turut meluahkan pendapat berhubung isu tersebut.

"Penyokong Afghanistan sering lakukan rusuhan sejak dari dahulu lagi.

"Ini adalah satu permainan sukan dan sepatutnya ia dimainkan dengan semangat kesukanan yang tinggi oleh pasukan dan penyokong," katanya.

"Penyokong dan pemain perlu belajar beberapa perkara penting jika mahu berkembang dan maju jaya dalam sukan ini," tambah Shafiq Stanikzai.

Keputusan perlawanan menyaksikan pasukan Pakistan berjaya melangkah ke final Piala Asia dengan kemenangan satu mata ke atas Afghanistan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram