SEORANG remaja lelaki sempat merakamkan detik-detik terakhir video penstrimen secara lansung sebelum dirempuh kereta api.
Kejadian itu dipercayai berlaku berhampiran stesen kereta api Kazipet di daerah Hanamkonda di Telangana, India.
Ketika kejadian, Chintakula Akshay Raj, 17, sedang membuat rakaman video bersama dua rakannya untuk penstrimen secara langung Instagram sebelum kejadian ngeri itu berlaku.
Dalam video tersebut turut kedengaran rakannya yang sedang merakam video di telefon pintar itu menjerit memberi amaran kepada Chintakula sebelum dia dirempuh.
Menurut polis, Chintakula yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan itu mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital MGM, Warangal. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram