SEKUMPULAN penunggang motosikal membuat kecoh di kawasan perumahan dengan cara membunyikan ekzos secara kuat ketika melalui sebatang jalan di kawasan rumah kedai baru-baru ini.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di Sumatera Utama, Indonesia itu turut mengundang kemarahan penduduk setempat sehinggakan mereka membaling batu ke arah geng 'rempit' terbabit.
Oleh kerana berang diperlakukan sebegitu, beberapa individu daripada kumpulan ‘rempit’ terbabit kemudiannya bertindak balas memukul dan menendang seorang penduduk di muka dan badan sehingga menyebabkan penduduk lain fobia dan menyembunyikan diri dalam rumah masing-masing.
Penunggang motosikal sengaja membuat bising di kawasan perumahan dengan menggunakan membunyikan ekzos yang kuat.
Seorang lelaki kemudiannya bertindak meleraikan pergaduhan tersebut dan meminta agar penunggang motosikal berkenaan meninggalkan tempat kejadian.
Dianggarkan sekitar 50 buah motosikal terlibat dan secara perlahan-lahan meninggalkan kawasan tersebut sambil membaling batu ke arah beberapa penduduk setempat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram