Aksi ghairah cium kaki wanita, perlakuan jijik abang jaket kantoi dirakam CCTV


  • Benua
  • Ahad, 04 Sep 2022

Tangkap layar kejadian seorang lelaki melakukan aksi jijik pada pekerja wanita baru-baru ini.

AKSI jijik seorang lelaki terhadap wanita yang dipercayai pekerja premis perniagaan pakaian kanak-kanak menjadi tular di media sosial.

Ia berikutan viralnya video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan lelaki yang belum diketahui identitinya itu mencium kaki pekerja wanita tesebut.

Kejadian berlaku di Jalan Tabrani Ahmad, Pontianak, Indonesia.

Pada waktu kejadian, kelihatan lelaki itu meminta wanita terbabit untuk mengambil beg yang diletakkan di rak agak tinggi.

Tanpa berasa curiga, pekerja itu kemudian cuba mengambil beg yang diminta lelaki terbabit.

Ketika cuba mencapai beg yang diminta, lelaki berhidung belang itu dilihat mencangkung berhampiran tapak kaki wanita terbabit dan kemudian mengambil kesempatan mencium kakinya.

Menyedari tindakan gatal lelaki itu, pekerja itu terus menjauhkan diri.

Kemudian lelaki tersebut dilihat beredar meninggalkan kedai tanpa rasa bersalah.

Menurut mangsa, lelaki itu dengan sengaja menjatuhkan kunci ke arah kaki sebelum mencium kakinya.

Warganet menyifatkan aksi jijik lelaki tersebut sebagai 'fetish' mencium kaki wanita. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram