TULAR satu video di media sosial yang memaparkan aksi tiga orang remaja lelaki memecah masuk sebuah kedai runcit.
Kejadian itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di premis kedai berkenaan yang berlokasi di Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat,Indonesia pada Khamis.
Dalam video yang dimuat naik ke akaun Facebook Warung Senjaya, suspek dilihat sedang mengambil wang dan rokok di kedai berkenaan pada pukul 1.55 pagi.
"Tolong bantu viralkan, mungkin ada yang kenal suspek Kejadian berlaku pada awal pagi tadi (Khamis).
"Tiga orang remaja yang terlibat dalam kes curi ini," tulisnya.
Dalam video tersebut terlihat jelas muka-muka suspek dalam kejadian curi itu. Salah seorang daripada mereka menutup muka menggunakan baju.
Suspek juga dilihat mengambil sejumlah wang dan beberapa kotak rokok dalam kedai runcit tersebut.
Namun belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung dengan insiden tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram