Pekerja kereta api campak bungkusan bikin netizen panas hati


  • Benua
  • Selasa, 30 Ogos 2022

Tangkap layar video barangan yang dibaling pekerja kereta api. — Agensi

SATU video yang memaparkan bungkusan seperti Amazon, Flipkart dan sebagainya dibaling ketika dipunggah dari kereta api mengundang kemarahan orang awam.

Ini kerana tindakan sambil lewa pekerja kereta api New Delhi Dibrugarh Rajdhani Express di Guwahati, India tersebut boleh menyebabkan kerosakan teruk pada barangan dalam bungkusan-bungkusan itu.

Bagaimanapun, jurucakap dari Northeast Frontier Railway menerusi laman Twitter menjelaskan bahawa video berkenaan merupakan sebuah video lama dari bulan Mac.

Tambahnya, pihak kereta api memberikan kontrak pemunggahan barang kepada pelbagai pihak berbeza sepanjang tahun.

"Ini adalah video lama insiden yang berlaku di Stesen Guwahati pada Mac 2022 yang melibatkan pemilikan kosong (Vacant Possession atau VP) yang dipajak.

"Pengendalian bungkusan yang dilihat di sini dilakukan oleh pihak yang memegang pajakan VP pada ketika itu dan bukan pihak kereta api.

"Langkah-langkah pembetulan telah dilaksanakan sejak itu untuk mengelakkan salah pengendalian oleh mana-mana pemegang VP," katanya.

Biarpun penjelasan itu dikeluarkan, netizen masih tidak berpuas hati dan risau dengan keadaan barangan mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram