
POLIS menahan dua lelaki susulan penemuan dadah dalam satu sekatan jalan raya pada Selasa.
Kedua-dua lelaki tersebut disyaki mengedar dadah jenis hexymer dan tramadol di Kabupaten Banjar, Indonesia.
Menurut Ketua Polis Banjar, Catur Bayu Prabowo, suspek ditangkap dalam satu sekatan jalan raya.
"Ketika ditahan, suspek yang dikenali sebagai RAP dan HD tidak menggunakan helmet.
"Pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua suspek menemui beberapa peket dadah.
"Kedua-dua lelaki itu terus ditahan dan dibawa ke Balai Polis Banjar," katanya.
Sementara itu, Ketua Narkotik Polis Banjar, Kusata berkata, kedua-dua suspek dipercayai mengedar sendiri dadah tersebut di sekitar wilayah Banjar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram