Lepas kereta kebal rosak, kecoh pula Jalur Gemilang terbalik


  • Tular
  • Isnin, 29 Ogos 2022

Tangkap layar kejadian Jalur Gemilang dipercayai dipasang secara terbalik di Dataran Merdeka pada Isnin.

TINGGAL dua hari lagi, Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65.

Sudah pastinya, persiapan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka yang bakal berlansung di Dataran Merdeka melalui beberapa raptai dan latihan persembahan sebelum acara rasmi diadakan.

Begitupun, mungkin pihak penganjur terlepas pandang apabila salah satu Jalur Gemilang yang dipercayai dipasang secara terbalik di pentas utama.

Ia dapat dilihat menerusi satu video tular yang dimuat naik di aplikasi TikTok keluarga_malaysia pada Isnin.

"Bendera terbalik di raptai merdeka?," tulis kapsyen video tersebut.

Ketika kejadian, dipercayai satu raptai sedang berlangsung kerana lagu Negaraku sedang dimainkan.

Sebelum ini, tular kejadian kereta kebal yang tiba-tiba terhenti di tengah jalan kerana rosak menyebabkan laluan menuju ke Jalan Bangsar dan KL Sentral sesak pada Jumaat lalu.

Pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) juga memohon maaf susulan insiden kenderaan pasukan itu ketika menyertai raptai sambutan Hari Kebangsaan 2022 sehingga mengakibatkan berlaku kesesakan jalan raya.

Untuk makluman, pertunjukan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Rabu ini.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan media daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram