RAKYAT Kelantan menerima berita baik apabila pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menyuarakan hajatnya untuk membuka padang latihan di setiap jajahan negeri tersebut.
Melalui perkongsian di laman Facebooknya pada Selasa, Norizam yang mesra dengan panggilan Zamsaham merancang untuk skuad The Red Warriors (TRW) memiliki sebuah akademi bola sepak bertaraf antarabangsa yang mana para pemain di peringkat akar umbi diajar bermain bola sepak dengan kepakaran profesional.
Menurut Norizam, pembinaan TRW International Football Academy itu juga dapat menaikkan nilai TRW Kelantan FC dan akan menjadi platform terbaharu memperkuatkan ekosistem kelab tersebut.
Kenyataan itu ditulis Norizam setelah mendedahkan bahawa pihaknya sedang membuat pertimbangan berkenaan dengan surat permohonan daripada peminat setia bola TRW Kelantan FC.
Menerusi surat tersebut, penyokong pasukan itu menyatakan minat untuk membeli lima peratus saham TRW Kelantan FC pada harga RM3,000,000.
Pembinaan TRW International Football Academy itu bakal melahirkan banyak bakat muda. —Facebook/TRW
Rata-rata penyokong TRW mendoakan agar visi Norizam itu dapat dilaksanakan dan dipermudahkan demi pembangunan bola sepak kelantan.
Beberapa penyokong turut menyarankan agar Norizam mendapatkan pandangan daripada pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan dengan rumput yang bakal digunakan.
Hsni Rzmn berkata: "Minta TMJ tunjukkan macam mana nak buat padang rumput yang berkualiti. Rumput adalah benda penting dalam kelab bola.
"Sebab kalau salah pilih rumput, pemain boleh senang cedera dan sesi latihan juga tidak efektif."
Basir Khan menambah: "Betul juga. Tuan Zam (Norizam) mampu untuk dapatkan rumput berkualiti seperti JDT." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram