Rogol kawan sekerja OKU di Alor Setar, lelaki tempatan direman


  • 112
  • Isnin, 15 Ogos 2022

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku tanpa kerelaan dan mangsa telah dipaksa dengan ditarik ke dalam tandas lelaki di restoran berkenaan. — Gambar hiasan

SEORANG lelaki tempatan direman di penjara sehingga menunggu tarikh perbicaraan akan datang selepas disyaki merogol rakan sekerjanya di dalam sebuah tandas di sebuah restoran terkenal di Alor Setar, Kedah.

Lelaki berusia 21 tahun itu dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek ditahan di sekitar bandaraya Alor Setar selepas laporan dibuat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku tanpa kerelaan dan mangsa telah dipaksa dengan ditarik ke dalam tandas lelaki di restoran berkenaan.

"Mangsa kemudiannya dirogol dan dipaksa melakukan hubungan luar tabii," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ibu kepada wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 22 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 1 Ogos lalu.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram