PADAH membawa cecair rokok elektronik atau dikenali sebagai vape mengandungi ganja, seorang guru ditahan polis.
Suspek yang berasal dari Amerika Syarikat itu telah ditahan di kawasan Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai, Bali di Indonesia.
Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai, Ida Ayu Wikarniti berkata, suspek ditahan bersama enam kotak kartrij vape yang masing-masing mengandungi cecair ganja.
"Suspek yang diberi pangkal nama JJB tiba di Bali menggunakan pesawat Batik Air OD 177 dari Kuala Lumpur, Malaysia.
"Pegawai itu kemudiannya menjalankan prosedur pemeriksaan bagasi penumpang termasuk milik JJB melalui mesin pengimbas (X-ray).
“Hasil pemeriksaan beg galas JJB, pegawai menemui enam pod kartrij berisi cecair ganja,” katanya.
Sekiranya didapati bersalah, guru terbabit bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram