Rindukan arwah bapa, dah 2 bulan remaja sanggup tidur di kubur


  • Benua
  • Rabu, 10 Ogos 2022

Petugas Penguatkuasaan Boyolali memindahkan barangan BW dari kubur arwah bapanya — Agensi

OLEH kerana terlalu rindukan bapanya, seorang remaja berusia 16 tahun sanggup menghabiskan masa selama dua bulan tidur di sebelah kubur bapanya dengan alasan supaya lebih dekat dengan arwah.

Ketua Seksyen Penguatkuasaan Boyolali, Tri Joko Mulyono berkata, remaja lelaki yang dikenali sebagai BW itu dikesan tinggal di kubur tersebut semasa mereka membuat rondaan pemeriksaan di kubur yang terletak di sempadan Boyolali dan Sukoharjo, Indonesia.

Sebelum itu, remaja terbabit pernah ditangkap meminta sedekah berhampiran kawasan Surowedanan, Kota Boyolali.

Usai ditangkap, remaja tersebut diserahkan ke pusat Penguatkuasaan Boyolali.

Tri berkata, remaja lelaki itu mengaku sudah dua bulan tidur di sebelah kubur bapanya.

"BW makan dan tidur di sebelah kubur ayahnya.

"Remaja itu tidur di situ dengan alasan supaya dia lebih dekat dengan arwah bapanya," katanya.

Kesian dengan keadaan yang menimpa remaja itu, Tri meminta memindahkan barang peribadinya dan tidak tinggal di kubur lagi.

Jelas Tri, remaja itu akan ditempatkan di rumah singgah di Boyolali.

"Pada mulanya saya tidak percaya dia tidur di sana tetapi setelah melihat keadaan tempat tidurnya, saya sedih.

"Remaja ini tidak bersalah dan dia akan ditempatkan di rumah singgah di Boyolali.

Susulan itu, Tri meminta remaja itu memindahkan barang peribadinya dan tidak tinggal di kubur lagi.

Tri turut memberitahu BW sudah berhenti belajar sejak zaman sekolah rendah lagi.

"Dia bekerja sebagai buruh pembinaan bagi menampung keperluan hidup.

"Dia juga mempunyai adik beradik lain seramai lima orang namun tidak pernah berkomunikasi antara satu sama lain,” jelasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram