SEORANG lelaki ditahan polis setelah merogol seorang remaja bawah umur di Denpasar, Indonesia.
Suspek yang dikenali sebagai IKTA, 32, dilaporkan merogol gadis yang berumur 13 tahun itu sebanyak tiga kali.
Ketua Polis Bahagian Perhubungan Awam Denpasar Iptu, Ketut Sukadi berkati, suspek berasal dari Bali, Indonesia.
"Mangsa mengenali supek menerusi halaman Facebook.
"Selepas berkenalan, suspek mengajak mangsa berjumpa dan bersiar-siar menaiki motosikal.
"Suspek kemudiannya mengajak mangsa melakukan hubungan intim dan berjanji akan mengahwini gadis tersebut sekiranya mangsa mengandung," katanya.
Menurut Ketut, suspek telah merogol mangsa sebanyak tiga kali pada hari yang berbeza.
Perbuatan suspek itu telah diketahui oleh kedua orang tua mangsa dan mereka terus melaporkan pada polis.
Polis Denpasar kemudian menahan suspek pada hari yang sama.
Hasil siasatan, suspek mengaku telah merogol mangsa.
Jika disabitkan kesalahan, suspek akan dihukum penjara selama 15 tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram