Bayi 6 bulan meninggal dunia ketika dibawa menonton perlawanan bola sepak


  • Benua
  • Ahad, 07 Ogos 2022

Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.—Agensi

SEORANG bayi meninggal dunia ketika dibawa kedua orang tuanya menonton perlawanan bola sepak.

Kejadian itu berlaku selepas bapa yang diberi pangkal nama FJ dan ibunya RA, 37 itu membawa anak mereka yang baru berusia enam bulan mereka menaiki motosikal dari daerah Tegal ke Surabaya.

Menurut FJ, dia menyesal kerana membawa anak lelakinya itu menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya.

Menceritakan kembali peristiwa malang itu, FJ memberitahu dia dan isterinya berhenti sebanyak tiga kali sepanjang perjalanan menuju ke Surabaya.

"Saya memilih untuk menaiki motosikal pada waktu kejadian keranya ia lebih menjimatkan.

"Anak saya masih lagi sihat ketika kami berhenti di daerah Kudus, malah ada yang pemandu yang menegur anak saya pada ketika itu.

"Lucu, ya, nak. Mereka pun tanya pergi mana? (tanya pemandu), saya cakap nak tengok bola di Surabaya,” katanya.

Setelah mereka sampai di salah sebuah hotel, bayi tersebut sempat diberikan susu.

Namun bayi malang itu mengalami simptom batuk berkahak selepas dimandikan dan tidak mahu menyusu lagi

FJ terus membawa anaknya itu ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Malangnya bayi tersebut disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

FJ berkata, anak lelakinya itu sudah tidak diselamatkan lagi walaupun doktor cuba memberi bantuan pernafasan bada bayi itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram