Video tular bongkar 3 rakan terlibat kes budak maut dipaksa lakukan seks dengan kucing


  • Benua
  • Selasa, 26 Jul 2022

Kanak-kanak lelaki tersebut dipaksa melakukan hubungan seks dengan kucing sehingga berakhir kemurungan dan kematian. — Gambar hiasan/ Getty Images

POLIS membuka kertas siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat tertekan, selepas dipaksa untuk bersetubuh dengan kucing di Tasikmalaya, dekat Jawa Barat, Indonesia.

Jurucakap polis Jawa Barat, Kombes Ibrahim Tompo berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tiga suspek kanak-kanak yang terlibat dalam kes buli tersebut.

Ibrahim berkata, proses pengecaman suspek menerusi video tular dijalankan oleh Polis Tasikmalaya dan Polis Jawa Barat.

Beliau berkata, siasatan kes itu turut melibatkan Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAID) Tasikmalaya dan Bapas.

"Proses siasatan berdasarkan sistem keadilan juvana mengikut Undang-undang Nombor 11 Tahun 2012," katanya.

Katanya, tiga suspek tersebut melanggar peruntukan Perkara 80 Juncto Perkara 76 C Undang-Undang Nombor 35 berkaitan Perlindungan Kanak-Kanak, namun ketiga-tiganya tidak ditahan.

Keluarga berdamai

Pada masa sama, Ibrahim berkata, keluarga mangsa dan suspek pernah bertemu sebelum kejadian buli itu berlaku.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian tersebut berlaku pada 14 Jun lalu.

"Video (buli) itu memaparkan kejadian berlaku di rumah mangsa.

"Ia juga tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

"Susulan itu, ibu bapa, penduduk dan ketua kampung mengadakan pertemuan pada 16 Jun lalu," kata Ibrahim.

Tambahnya, hasil pertemuan itu mendapat kata sepakat daripada ibu bapa kedua-dua mangsa dan pelaku bahawa kes tersebut merupakan kenakalan juvana.

"Difahamkan, kedua-dua keluarga sudah pun berdamai," kata Ibrahim.

Terdahulu, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai F mengalami kemurungan sehingga meninggal dunia.

Mangsa yang berusia 11 tahun tersebut mengalami depresi kerana sering dipaksa rakan-rakannya untuk bersetubuh dengan kucing.

Bukan itu sahaja, aksi persetubuhan tersebut dirakam oleh teman-temanya menggunakan telefon bimbit dan rakaman tersebut disebarkan.

Ekoran daripada penyebaran video tersebut, F menjadi malu lalu mengasingkan diri daripada orang sekeliling. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

buli, juvana, kucing, hubungan terlarang