Gempar, polis jumpa kepala, keratan tubuh mayat reput di tepi sungai


  • Benua
  • Isnin, 25 Jul 2022

Polis Semarang menemukan lebih banyak bahagian tubuh manusia yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam di Sungai Kretek, Kampung Kalongan. — Agensi

PIHAK polis menemukan beberapa bahagian tubuh manusia termasuk kepala disyaki mangsa pembunuhan kejam.

Penemuan menggemparkan itu hasil peluasan carian selepas penduduk di Kampung Kalongan, Ungaran Timur, Semarang, Indonesia menemukan sejumlah potongan badan manusia di kawasan sekitar sungai desa tersebut.

"Penemuan mayat manusia ini disyaki menjadi mangsa pembunuhan. Ada beberapa potongan tubuh yang ditemukan termasuk kepala,” kata Ketua Polis Semarang, Ajun Komisaris Besar Yovan Fatika pada Isnin.

Menurutnya, jarak penemuan pertama dengan kedua ialah kira-kira 11 kilometer.

"Bahagian mayat yang dikerat ini akan diperiksa sama ada ia sama dengan bahagian yang ditemukan sebelum ini,” katanya.

penemuan_potongan_tubuh

Polis Semarang memeriksa potongan tangan yang ditemukan di aliran Sungai Kretek, Kampung Kalongan pada Ahad. — Agensi

Yovan Fatika belum dapat mendedahkan identiti mangsa kerana perlu menunggu proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Katanya, bahagian mayat itu dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk proses pengecaman dan bedah siasat memandangkan kesan cap jari pada bahagian tangan yang ditemui sudah rosak.

Terdahulu, beberapa bahagian tubuh manusia ditemukan penduduk di sekitar Sungai Kretek di Kampung Kalongan pada Ahad.

Bahagian mayat yang ditemukan termasuk dua belah tangann yang sudah reput selain serpihan tulang yang dipercayai ditetak pembunuh.

Polis turut menemukan bahagian alat sulit, namun sukar mengenal pasti jantina mangsa kerana ia juga sudah mereput. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram