Padah minum 'air suci', ketua menteri masuk wad


  • Benua
  • Isnin, 25 Jul 2022

Tangkap layar rakaman video Bhagwant Mann, sedang minum air sungai yang tercemar. —Twitter

SEORANG ketua menteri di India dikejarkan ke hospital selepas jatuh sakit akibat minum segelas air sungai.

Melalui video tular yang dimuat naik melalui akaun Twitter, Ashok Swain, menunjukkan Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann minum air sungai untuk membuktikan kepada penduduk tempatan air itu 'suci' dan bersih.

"Bhagwant dilihat mencedok segelas air untuk membuktikan air itu selamat untuk diminum.

"Sekarang dia berada di hospital," ciapnya.

Bhagwant dikatakan mengalami sakit perut di kediamannya yang terletak di Chandigarh pada Selasa selepas minum air sungai itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Kali Bein yang terletak di kota Sultanpur Lodhi Punjab.

Ahli politik itu dibawa ke Hospital Apollo Indraprastha di Sarita Vihar dan dilaporkan dimasukkan ke hospital di Delhi, India.

Namun begitu, pihak jurucakap Bhagwant menafikan hal tersebut.

"Bhagwant dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rutin," katanya.

Warganet menggelarnya aksi Bhagwant sebagai 'aksi yang gagal'. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram