Penduduk perumahan elit gempar penemuan mayat warga emas reput, berbau busuk


  • Benua
  • Isnin, 11 Jul 2022

Polis perlu memindahkan mayat mangsa secara berhati-hati kerana jenazah sudah reput dan berbau busuk. — Agensi

PENDUDUK perumahan elit di Jalan Tegal Binangun, Mukim Plaju Darat, Palembang, Indonesia terkejut dengan penemuan mayat seorang warga emas berusia 76 tahun yang ditemukan reput di rumahnya.

Mangsa, Toni Agus atau dikenali jiran tetangga sebagai Aciok merupakan penghuni salah sebuah rumah di Kompleks Permata Indah Residences, Blok C 23.

Penemuan mayat Aciok disedari oleh pengawal keselamatan perumahan tersebut yang terhidu bau kurang menyenangkan dari dalam rumah mangsa sebelum menghubungi pengerusi Rukun Tetangga (RT) dan polis.

Pengerusi RT, Hendra berkata, mangsa tinggal bersendirian di rumah kerana isteri dan anaknya berada di luar kawasan.

"Tiga hari lalu mangsa ada keluar rumah dan menyapa jiran tetangga di sekitar kompleks seperti biasa," kata Hendra pada Isnin seperti dipetik portal NewsSumsel.

img_20220711_140449

Pihak polis mengalami kesukaran untuk memindahkan mayat mangsa kerana sudah reput. — Agensi

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Plaju, Ipda Okta Kuncoro mengesahkan penemuan mayat di salah sebuah taman perumahan elit berkenaan.

Kuncoro berkata, ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan reput dan berbau busuk.

“Kami mengalami kesukaran untuk memindahkan mayat mangsa kerana sudah reput, jadi kami perlu berhati-hati ketika mengendalikan jenazah,” katanya.

Menurut Ipda Okta, isteri dan anak mangsa tidak mengetahui kejadian itu kerana berada di luar Palembang.

“Kami tidak dapat mengenal pasti punca kematian dan masih menunggu keputusan bedah siasat daripada Hospital Bhayangkara,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram