Bayi 15 bulan antara 4 mangsa maut kemalangan ngeri di Saratok


  • Tular
  • Isnin, 11 Jul 2022

Kemalangan maut yang melibatkan 4 beranak di Simpang Sg Klampai Jalan Saratok. — Ihsan Bomba

TULAR satu video di Facebook satu kejadian kemalangan maut dipercayai berlaku di Simpang Sg Klampai Jalan Saratok, Sarawak.

Rakaman video yang dimuat naik pengguna Facebook, Christiano Dona Kuchun II itu menunjukkan sebuah kereta remuk selepas merempuh belakang lori di bahagian lorong kanan jalan.

Melalui tinjauan Majoriti di Facebook, difahamkan empat beranak maut dalam nahas dan bayi lelaki berusia 15 bulan merupakan mangsa yang terkorban.

Rakaman video yang menunjukkan kemalangan maut melibat sebuah kebuah kereta Honda City merempuh belakang lori. — Facebook

Salah seorang pengguna Facebook, Bertram Jana mendakwa kemalangan itu terjadi apabila kereta tersebut bergerak dengan laju sebelum memotong dan kemudiannya gagal mengelak lori itu.

"Lori itu, awal-awal sudah terbabas, kereta laju, nak memotong tapi gagal nampak lori yang sudah kemalangan di sebelah kanan sebelum itu," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Vincent Guang Jucess mendakwa, kemalangan tersebut melibatkan empat mangsa dengan salah seorang daripadanya ialah bayi berusia 15 bulan.

Mangsa dikatakan berbangsa Melayu dan memandu kereta Honda City.

Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.53 pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Saratok Muhd Shukur Jamaludin memaklumkan keempat-empat mangsa yang tersepit dalam kereta itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram