Surat, seluar dalam bongkar tembelang ketua sekolah pondok rogol murid lebih 10 kali di Subang


  • Benua
  • Rabu, 22 Jun 2022

Suspek (baju biru) tidak melakukan bantahan dan mengaku kesalahannya ketika ditahan pihak polis pada 10 Jun lalu. — Agensi

SEORANG ketua sekolah pondok di Kabupaten Subang, di Jawa Barat, Indonesia ditahan selepas dipercayai merogol anak muridnya sebanyak lebih 10 kali.

Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Sumarni berkata, suspek yang dikenali sebagai Dan, 45, melakukan perbuatan tercela itu sejak setahun lalu.

"Tindakan itu dilakukan lebih dari 10 kali bermula Disember 2020 hingga 7 Disember 2021," kata Sumarni kepada pemberita pada Rabu.

Kes itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa menemui sepucuk surat, yang mana isi kandungannya mendedahkan perbuatan suspek terhadap mangsa.

Pihak polis yang menerima laporan itu segera menangkap suspek.

"Kami telah menahan suspek di rumahnya sejak 10 Jun lalu tanpa sebarang bantahan, malah suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut," kata Sumarni.

Pada masa sama, polis berjaya menemui bukti termasuk beberapa pakaian dan seluar dalam milik suspek dan mangsa.

Atas perbuatan itu, suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda Rp 5 bilion (RM1.5 juta).

Selain memegang jawatan sebagai ketua sekolah pondok, suspek juga merupakan seorang guru dan pegawai negeri di Kementerian Agama di Kabupaten Subang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

rogol, guru, murid, sekolah pondok, Subang