Cili dicuri motif remaja 17 tahun tetak lelaki hampir separuh abad


  • Benua
  • Khamis, 16 Jun 2022

Suspek berumur 17 tahun itu merupakan penduduk Turi dan dilaporkan dia didakwa sakit hati kepada mangsa kerana mencuri cili di kebun abangnya.  — Agensi

CILI dicuri menjadi motif remaja lelaki didakwa membunuh seorang lelaki di sebuah dusun buah salak.

Mayat lelaki Widodo Bowo Purnomo, 49, ditemui berlumuran luka di kebun salak di Turi, Sleman, Yogyakarta, Indonesia

“Hasil siasatan kemudian membawa kepada penangkapan pelaku iaitu remaja di Donokerto, Turi, dan kini ditahan untuk disoal lebih lanjut,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Sleman, Tony Priyanto.

Suspek berumur 17 tahun itu merupakan penduduk Turi dan dia didakwa sakit hati kepada mangsa kerana mencuri cili di kebun abangnya.

"Penjenayah menetak mangsa menggunakan sabit sehingga mangsa meninggal dunia. Suspek kecewa kerana mangsa mencuri cili berkenaan," jelasnya.

Menurut Tony, kemarahan remaja itu bermula apabila abangnya memberitahu suspek bahawa pokok cili di kebunnya sering dicuri.

Kemudian, pada Selasa sekitar pukul 10 malam waktu Malaysia, suspek menawarkan diri untuk ke kebun abangnya untuk bantu menghalau pencuri.

Kemudian, pada hari Rabu pukul 5 petang, waktu Malaysia, sekali lagi suspek dijemput abangnya untuk ke kebun dan tanpa disedari mangsa sudah menyediakan sebilah sabit antik untuk membunuh mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bunuh, sabit, cili, kebun, remaja