Ibu rugi RM3,900 akibat lembu dicuri anak sendiri


  • Benua
  • Isnin, 13 Jun 2022

Seorang remaja memohon maaf kepada ibu kandungnya kerana mencuri lembu. — Agensi

PEJABAT Peguam Negara (AGO) Republik Indonesia telah menyelesaikan kes seorang remaja yang mencuri seekor lembu milik ibu kandungnya.

Kejadian itu bermula apabila ibu kandung remaja tersebut, Miswana mengamanahkan anak saudaranya yang dikenali sebagai Ermawi, untuk menjaga lembunya di bawah sistem mudhrabah atau perkongsian untung.

"Pada Rabu bersamaan 6 April 2022, sekitar pukul 7 malam, Ermawi mengunjungi kediaman mangsa (Miswana) dan memaklumkan lembu mangsa telah hilang," kata Ketua Pusat Penerangan Undang-Undang Jaksa Agung Indonesia, Ketut Sumedana dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, lembut tersebut dilarikan oleh anak kandung mangsa, Samsul Bahri Alias Baba Suroto menggunakan kereta pacuan empat roda.

Disebabkan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak Rp13 juta (RM3,900).

Pada keesokan harinya, pada kira-kira pukul 12.20 tengah malam, mangsa melaporkan kejadian kecurian itu kepada pihak polis.

Samsul Bahri yang merupakan suspek utama telah ditahan pihak polis, manakala kes disiasat mengikut Perkara 363 Ayat (1) KUHP berhubung pencurian ternakan serta fail kes dipindahkan ke Mahkamah Negeri Situbondo.

Pada 7 Jun 2022, Peguam Bela Umum Daerah Situbondo cuba mendamaikan kes tersebut menerusi pengadilan.

"Peguam bela itu telah menjadi orang tengah antara mangsa dan tertuduh dengan disaksikan Ketua Kampung Bantal, ketua masyarakat Kampung Bantal, dan penyiasat Polis Asembagus," kata Ketut.

Ketika perbicaraan, mangsa selaku ibu tertuduh memutuskan untuk memaafkan anaknya.

Mangsa dan tertuduh turut meminta agar kes itu ditutup.

Tertuduh memohon maaf dan kesal dengan tindakannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

lembu, curi, ibu kandung, anak kandung