Diam-diam nikah gadis bawah umur, ketua kampung 'hilang' lepas malam pertama


  • Benua
  • Isnin, 13 Jun 2022

Ketua kampung Ngawi yang berkahwin dengan seorang gadis berusia 16 tahun. — Agensi

SEORANG lelaki yang juga ketua kampung di Ngawi, Jawa Timur (Jawa Timur), Indonesia mengahwini seorang gadis berusia 16 tahun secara tidak berdaftar.

Namun, lelaki itu kemudian meninggalkan gadis yang dikahwininya secara rahsia selepas sahaja malam pertama.

“Waktu itu, selepas nikah tak berdaftar, saya terus sahaja pulang iaitu pada keesokan harinya setelah malam pertama,” kata lelaki itu seperti yang dipetik detikJatim pada Isnin.

Ketua kampung itu akui bahawa dia terpaksa meninggalkan gadis berkenaan kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan mereka.

Pada pagi selepas malam pertama, dia terus sahaja dia balik ke rumahnya di Kampung Dung Banteng.

“Saya segera pulang kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan ini,” kata lelaki berusia 50-an itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ngawi, AKBP I Wayan Winaya berkata, lelaki berkenaan meninggalkan gadis itu selepas berita perkahwinannya menjadi tular.

Malah, perkahwinan mereka berdua juga terbatal.

“Jadi perkahwinan itu terbatal dan lelaki berkenaan pulang kerana terdapat laporan daripada pengantin perempuan dan ibu bapanya,” kata Winaya.

Suspek kini ditahan lanjut polis Indonesia bagi membantu siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram