2 maut, 3 cedera dalam kejadian tembakan di pasar karat


  • Benua
  • Isnin, 16 Mei 2022

Keadaan kawasan pasar karat yang kini dikawal pihak polis. — Agensi

DUA maut di tempat kejadian dan tiga lagi parah dalam insiden tembakan di pasar karat di Houston, Texas Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Pejabat Syerif Kaunti Harris berkata, kejadian dipercayai akibat pertengkaran membabitkan lima lelaki.

Kesemua mangsa berusia awal dan pertengahan 20-an, berkemungkinan mengenali antara satu sama lain.

Syerif Kaunti Harris, Ed Gonzalez berkata, dianggarkan terdapat ribuan orang awam di pasar itu ketika tembakan dilepaskan.

Jelasnya, dua suspek telah ditahan dan suspek ketiga menerima rawatan di hospital.

Tambahnya, sekurang-kurangnya dua pucuk pistol turut dijumpai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Texas, Houston, pasar, tembakan, insiden, kematian